Apakah
itu dadah? Dadah adalah bahan kimia yang amat berbahaya kepada
manusia yang menggunakannya kerana ianya mengubah cara minda dan
tubuh badan manusia berfungsi. Terdapat banyak jenis dadah yang ada
di dalam dunia ini dan di antaranya adalah Opiat, Kanabis, Depresan,
Stimulan, Heroin, dan pelbagai lagi. Banyak punca penggunaan dadah di
antaranya kekurangan perhatian daripada ibu bapa, pengaruh rakan
sebaya, tekanan, kurang didikan agama, pengaruh media massa, dan
sebagainya. Ini semua telah menyebabkan kemerosoton ekonomi dan
meningkatkan gejala sosial yang sekarang ini sudah teruk bertambah
teruk. Semua ini akibat daripada penyalahgunaan dadah. Banyak kesan
dan bahaya dadah yang diberikan kepada manusia yang salah dalam
menggunakannya.
Implikasi
kepada manusia akibat penyalahgunaan dadah terbahagi kepada empat
pihak. Pihak yang pertama ialah kepada diri sendiri. Apabila salah
mengunakan dadah tersebut, antara kesan yang dapat dilihat dan
diperhati ialah kekerapan dalam kehilangan tumpuan dan konsentrasi,
selalu mengantuk, dan hilang pertimbangan diri. Ini semua disebabkan
dadah yang digunakan telah merosakkan otak, dan menyebabkan ketagihan
serta strok. Tambahan pula, dengan penglihatan yang kabur membuatkan
susah untuk diberkan konsentrasi. Ganguan percakapan pula membuatkan
pihak sekeliling susah utnuk memahami apa yang cuba disampaikan.
Seterusnya, kesan dadah akibat salah peenggunaan kepada diri sendiri
ialah tubuh badan yang sihat menjadi lemah dan tidak bermaya akibat
kekurangan zat-zat makanan. Selera makan juga turut hilang
menyebabkan berat badan turun dan bermuka pucat. Selain itu, mereka
mudah untuk merasa tersinggung dan marah kerana mengesyaki akan
masyarakat yang menghina mereka. Mata yang merah dan selalu berair
akibat tidak dapat dikawal fungsinya menyebabkan mereka terpaksa
memakai cermin mata hitam bagi melindungi mata mereka dan yang paling
utama ialah mereka suka pergi ke tempat yang sunyi dan gelap bagi
mengelakkan diri daripada masyarakat.
Seterusnya,
kesan yang akan didapati kepada keluarga ialah dapat menjatuhkan
maruah keluarga. Maruah keluarga yang sebelum ini bersih akan
dicemari dengan kekotoran dan dipandang rendah oleh masyarakat akibat
daripada penyalahgunaan dadah. Selain itu, berlakunya penganaian dan
penderaan secara mental dan fizikal Ini berlaku apabila orang yang
berkenaan tidak mempunyai duit yang cukup bagi membeli dadah. Ini
akan menyebabkan mereka bertindak ganas untuk mendapatkan duit. Hal
ini boleh berlaku tidak kira sama ada kepada ibu bapa ataupun ahli
keluarga iaitu adik beradik. Selain itu, penyalahgunaan dadah boleh
membawa kepada perkara yang paling teruk iaitu perpisahan,
penceraian, dan perpecahan. Perkara ini meenunjukkan betapa teruknya
bahaya dan kesan dadah tersebut kepada keluarga yang menghadapi
masalah tersebut. Oleh yang demikian, bagi para keluarga yang
menghadapi masalah tersebut, mereka hendaklah sentiasa mampu dalam
menangani masalah tersebut.
Seterusnya,
pengarh dadah juga mampu dan telah pun memberi kesan buruk kepada
masyarakat tidak kira disekeliling ataupun di dalam negara. Ini
kerana, pengaruh dadah yang buruk boleh membuatkan keadaan yang
tenteram boleh menjadi terganggu dan tidak menjadi aman. Hal ini
disebabkan para penghisap dadah akan menggugut masyarakat bagi
mendapatkan duit ataupun mengganggu mereka demi mendapatkan
barang-barang yang penting untuk dijual. Semua ini akan menyebabkan
peningkatan jenayah berlaku. Jumlah jenayah yang semakin meningkat
membuatkan keadaan yang aman di negara kita terganggu dan meembuahkan
kerisauan kita terhadap keluarga kita dan sahabat handai kita bagi
terlindung daripada bahaya yang semakin meningkat. Apabila semua ini
berlaku, untuk mebina satu masyarakat yang bersatu padu dan aman
terganggu kerana ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi emosi,
pergaulan, dan permuafakatan. Hal ini disebabkan rasa was-was dan
berwaspada terhadap orang yang baru dikenalinya akibat daripada
tekanan jenayah yang semakin meningkat. Tambahan pula, jenayah yang
berlaku dan melibatkan sesebuah masyarakt akan menyebabkan masyarakat
tersebut akan mendapat gambaran buruk. Ini akan menyebabkan mereka
menjadi terpinggir dan dipulau.
Seterusnya,
kesan dadah yang memberi kesan paling teruk adalah kepada negara. Hal
ini disebabkan ekonomi negara bakal terjejas dengan bahaya dadah ini.
Terutamanya dari bidang perlancongan yang menjadi sumber utama negara
kia. Apabila ada pelancong yang datang dan diganggu oleh para
peenagih dadah, mereka tidak akan datang lagi ke negara kita bagi
menjaga keselamatan diri mereka. Perkara ini akan menyebabkan wang
negara tidak mengalir ke luar akibat daripada kurangnya pelancong
yang datang ke negara kita. Ini semua akan menjejaskan ekonomi
negara. Selain itu, kos penyelenggaraan meningkat bagi membantu
meemulihkan para penagih dadah tersebut. Ini semua akan menyebabkan
negara semakin terbeban dan tidak dapat menumpuukan sepenuh perhatian
kepada kemajuan negara. Di samping itu, para penagih dadah adlah
pekerja pada awalnya, tetapi apabila terlibat dengan dadah, mereka
akan ketagih dan mula meninggalkan kerja. Ini akan membuatkan sumber
negara menjadi berkurangan kerana kehilangn sumber pekerja yang
produktif. Ini akan menyebabkan jumlah pekerja yang produktif menjadi
sedikit dan menjatuhkan ekonomi negara. Tambahan pul, yang paling
penting sekali, para penagih dadah ini mampu mengancam keselamatan
negara apabila mereka sanggup meenggodam hak-hak negara ataupun data
yang berkaitan negara bagi dijual untuk mendapatkan duit bagi membeli
dadah.
Konklusinya,
bagi mengelakkan semua perkara ini berlaku, pihak kerajaan mestilah
memulakan langkah-langkah bagi menghentikan mereka. Antara langkah
yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan ialah mengenakan hukuman
berat kepada para pengedar dadah yang merupakan punca utama kepada
penagih dadah. Selain itu, pihak kerajaan mestilah melaksanakan
pendidikan mengenai penyalahgunaan dadah dan akibatnya di
sekolah-sekolah bagi mengelakkan kejadian itu berlaku pada masa
hadapan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlulah mewujudkan
kerjasama di antara mereka dan orang awam demi mebanteras gejala
dadah ini. Akhir sekali, kerajaan haruslah membuka lebih banyak
pusat-pusat pemulihan dadah bagi mempercepatkan pemulihan dan
kesedaran mereka tetang bahaya dadah yang mereka akan hadapi pada
masa hadapan. Ini semua dapat dilakukan bak kata hendak seriby daya
tidak hendak seribu dalih. Kerjasama di antara masyarakat dengan
orang awam haruslah dipupuk demi menjaga keamanan negara.
No comments:
Post a Comment