Tuesday, 21 April 2015

Karangan Bahaya Dadah

     Apakah itu dadah? Dadah adalah bahan kimia yang amat berbahaya kepada manusia yang menggunakannya kerana ianya mengubah cara minda dan tubuh badan manusia berfungsi. Terdapat banyak jenis dadah yang ada di dalam dunia ini dan di antaranya adalah Opiat, Kanabis, Depresan, Stimulan, Heroin, dan pelbagai lagi. Banyak punca penggunaan dadah di antaranya kekurangan perhatian daripada ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, tekanan, kurang didikan agama, pengaruh media massa, dan sebagainya. Ini semua telah menyebabkan kemerosoton ekonomi dan meningkatkan gejala sosial yang sekarang ini sudah teruk bertambah teruk. Semua ini akibat daripada penyalahgunaan dadah. Banyak kesan dan bahaya dadah yang diberikan kepada manusia yang salah dalam menggunakannya.

     Implikasi kepada manusia akibat penyalahgunaan dadah terbahagi kepada empat pihak. Pihak yang pertama ialah kepada diri sendiri. Apabila salah mengunakan dadah tersebut, antara kesan yang dapat dilihat dan diperhati ialah kekerapan dalam kehilangan tumpuan dan konsentrasi, selalu mengantuk, dan hilang pertimbangan diri. Ini semua disebabkan dadah yang digunakan telah merosakkan otak, dan menyebabkan ketagihan serta strok. Tambahan pula, dengan penglihatan yang kabur membuatkan susah untuk diberkan konsentrasi. Ganguan percakapan pula membuatkan pihak sekeliling susah utnuk memahami apa yang cuba disampaikan. Seterusnya, kesan dadah akibat salah peenggunaan kepada diri sendiri ialah tubuh badan yang sihat menjadi lemah dan tidak bermaya akibat kekurangan zat-zat makanan. Selera makan juga turut hilang menyebabkan berat badan turun dan bermuka pucat. Selain itu, mereka mudah untuk merasa tersinggung dan marah kerana mengesyaki akan masyarakat yang menghina mereka. Mata yang merah dan selalu berair akibat tidak dapat dikawal fungsinya menyebabkan mereka terpaksa memakai cermin mata hitam bagi melindungi mata mereka dan yang paling utama ialah mereka suka pergi ke tempat yang sunyi dan gelap bagi mengelakkan diri daripada masyarakat.

     Seterusnya, kesan yang akan didapati kepada keluarga ialah dapat menjatuhkan maruah keluarga. Maruah keluarga yang sebelum ini bersih akan dicemari dengan kekotoran dan dipandang rendah oleh masyarakat akibat daripada penyalahgunaan dadah. Selain itu, berlakunya penganaian dan penderaan secara mental dan fizikal Ini berlaku apabila orang yang berkenaan tidak mempunyai duit yang cukup bagi membeli dadah. Ini akan menyebabkan mereka bertindak ganas untuk mendapatkan duit. Hal ini boleh berlaku tidak kira sama ada kepada ibu bapa ataupun ahli keluarga iaitu adik beradik. Selain itu, penyalahgunaan dadah boleh membawa kepada perkara yang paling teruk iaitu perpisahan, penceraian, dan perpecahan. Perkara ini meenunjukkan betapa teruknya bahaya dan kesan dadah tersebut kepada keluarga yang menghadapi masalah tersebut. Oleh yang demikian, bagi para keluarga yang menghadapi masalah tersebut, mereka hendaklah sentiasa mampu dalam menangani masalah tersebut.

     Seterusnya, pengarh dadah juga mampu dan telah pun memberi kesan buruk kepada masyarakat tidak kira disekeliling ataupun di dalam negara. Ini kerana, pengaruh dadah yang buruk boleh membuatkan keadaan yang tenteram boleh menjadi terganggu dan tidak menjadi aman. Hal ini disebabkan para penghisap dadah akan menggugut masyarakat bagi mendapatkan duit ataupun mengganggu mereka demi mendapatkan barang-barang yang penting untuk dijual. Semua ini akan menyebabkan peningkatan jenayah berlaku. Jumlah jenayah yang semakin meningkat membuatkan keadaan yang aman di negara kita terganggu dan meembuahkan kerisauan kita terhadap keluarga kita dan sahabat handai kita bagi terlindung daripada bahaya yang semakin meningkat. Apabila semua ini berlaku, untuk mebina satu masyarakat yang bersatu padu dan aman terganggu kerana ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi emosi, pergaulan, dan permuafakatan. Hal ini disebabkan rasa was-was dan berwaspada terhadap orang yang baru dikenalinya akibat daripada tekanan jenayah yang semakin meningkat. Tambahan pula, jenayah yang berlaku dan melibatkan sesebuah masyarakt akan menyebabkan masyarakat tersebut akan mendapat gambaran buruk. Ini akan menyebabkan mereka menjadi terpinggir dan dipulau.

     Seterusnya, kesan dadah yang memberi kesan paling teruk adalah kepada negara. Hal ini disebabkan ekonomi negara bakal terjejas dengan bahaya dadah ini. Terutamanya dari bidang perlancongan yang menjadi sumber utama negara kia. Apabila ada pelancong yang datang dan diganggu oleh para peenagih dadah, mereka tidak akan datang lagi ke negara kita bagi menjaga keselamatan diri mereka. Perkara ini akan menyebabkan wang negara tidak mengalir ke luar akibat daripada kurangnya pelancong yang datang ke negara kita. Ini semua akan menjejaskan ekonomi negara. Selain itu, kos penyelenggaraan meningkat bagi membantu meemulihkan para penagih dadah tersebut. Ini semua akan menyebabkan negara semakin terbeban dan tidak dapat menumpuukan sepenuh perhatian kepada kemajuan negara. Di samping itu, para penagih dadah adlah pekerja pada awalnya, tetapi apabila terlibat dengan dadah, mereka akan ketagih dan mula meninggalkan kerja. Ini akan membuatkan sumber negara menjadi berkurangan kerana kehilangn sumber pekerja yang produktif. Ini akan menyebabkan jumlah pekerja yang produktif menjadi sedikit dan menjatuhkan ekonomi negara. Tambahan pul, yang paling penting sekali, para penagih dadah ini mampu mengancam keselamatan negara apabila mereka sanggup meenggodam hak-hak negara ataupun data yang berkaitan negara bagi dijual untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah.


     Konklusinya, bagi mengelakkan semua perkara ini berlaku, pihak kerajaan mestilah memulakan langkah-langkah bagi menghentikan mereka. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan ialah mengenakan hukuman berat kepada para pengedar dadah yang merupakan punca utama kepada penagih dadah. Selain itu, pihak kerajaan mestilah melaksanakan pendidikan mengenai penyalahgunaan dadah dan akibatnya di sekolah-sekolah bagi mengelakkan kejadian itu berlaku pada masa hadapan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlulah mewujudkan kerjasama di antara mereka dan orang awam demi mebanteras gejala dadah ini. Akhir sekali, kerajaan haruslah membuka lebih banyak pusat-pusat pemulihan dadah bagi mempercepatkan pemulihan dan kesedaran mereka tetang bahaya dadah yang mereka akan hadapi pada masa hadapan. Ini semua dapat dilakukan bak kata hendak seriby daya tidak hendak seribu dalih. Kerjasama di antara masyarakat dengan orang awam haruslah dipupuk demi menjaga keamanan negara. 

Friday, 3 April 2015

Surat Perletakan Jawatan

Nooramyma Ommar
Batu 7 ½, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu,
Sabah.


Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Big Wheel Green Tyres                                                                                     8 Mei 2014

Puan,

PER : PERLETAKAN JAWATAN
                            
Merujuk perkara di atas, saya Nooramyma Binti Ommar, A113, bertugas sebagai General Admin and Human Resources ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 8 Mei 2014 hingga 8 Jun 2014.

Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.

Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikatkerana telah banyak memberikan tnjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________
(NOORAMYMA OMMAR)
GA & HR

DIAMBIL SUMBER :
Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/06/contoh-surat-rasmi-berhenti-kerja-yang.html#ixzz3WEO3QvsR 
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Surat Rasmi

KFC USJ 20 DRIVE THRU,

LOT 49946, JLN BERAS TERBAKAR,

USJ 20 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR

________________________________________________________________________

LOT 63, LORONG 3,

KG. KENANGAN UTAMA 13,

81300 JOHOR BAHRU, JOHOR

PERKARA: PERLETAKKAN JAWATAN



Merujuk kepada perkara di atas saya sebagai Muhammad Ali Luqman bin Hamdi selaku staff KFC USJ 20 ingin meletakkan jawatan bermula 3th March 2014 atas alasan untuk melanjutkan pelajaran.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi saya peluang bekerja dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya bekerja di sini. Disini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas kesalahan saya dan kesulitan yang timbul. 

Disini saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesulitan yang timbul sepanjang bekerja di restoran ini. Semua perkara yang tidak baik yang telah berlku amat saya kesali.

Sekian Terima Kasih
Yang Benar,




..................................................................
(MUHAMMAD ALI LUQMAN BIN HAMDI)



SUMBER UTAMA :
Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/06/contoh-surat-rasmi-berhenti-kerja-yang.html#ixzz3WENegW58 
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Karangan Lawak XD


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan lajudari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.





Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.







Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.





Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori iaitu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. 


Sumber Utama :

My Sample Resume

RESUME


MUHAMMAD ALI LUQMAN BIN HAMDI
No. 17 Jalan Kampung Utama 1/4 Taman Kampung Utama 
81300 Johor Bahru, Johor.

                                                                                                                            No KP:860626-54-5655

Objektif
Mencari pekerjaan yang tetap dan stabil

Matlamat
Membantu Keluarga, berkhidmat kepada masyarakat dan negara

Maklumat Peribadi
Nama Penuh : Muhammad Ali Luqman bin Hamdi
Nombor Kad Pengenalan : 860626-54-5655
Tarikh Lahir :  26 Ogos 1986
Tempat Lahir :  
Hospital  Kuala Lumpur
Status Perkahwinan : 
Bujang
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Tinggi : 168 cm
Berat Badan : 55kg
Kesihatan : Sihat


Maklumat Akademik
Kelulusan tertinggi
Diploma In Computer Graphic Design (2002 – 2006)
Basic Learning of Related to Graphic Design
Institusi : Kolej Poly-Tech Mara
CGPA 3.73 daripada 4.00
Kedua tertinggi
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (1999)
Aliran Sains Tulen
Institusi : Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor.
Pencapaian : Pangkat 1 Agregat 12
Lain - Lain
Penilaian Menengah Rendah (PMR) (1997)
Institusi : SMI Hidayah, Johor
Pencapaian : 6A 2B




Aktiviti Kokurikulum
Kedet Remaja  Sekolah
Ahli  Kelab Catur Sekolah
Kesatria Negara 
Bola Tampar Kolej

Kebolehan Bahasa
Percakapan
Bahasa Melayu (sangat baik)
Bahasa Inggeris(baik)
Bahasa Cina (Sangat Baik)
Penulisan
Bahasa Melayu (sangat baik)
Bahasa Inggeris (sangat baik)
-

Kebolehan Istimewa
Kemahiran Komputer dan perisian
Membaiki Komputer,  Memasang jaringan komputer, menggunakan  perisian microsoft office,  
Membina Laman Web, Mencipta perisian untuk kemudahan pejabat, Mereka bentuk animasi.

Kebolehan Lain
Belajar dengan cepat, boleh bekerjasama dengan ramai orang, bermain alat muzik, melukis,
membuat slideshow untuk pembentangan kertas kerja, membuat banner, 

Sumbangan
Mencipta perisian untuk pengagihan tugas pengawas peperiksaan semasa latihan praktikal di UiTM. 

Membina jadual dan target penghantaran Aircond parts untuk rujukan syarikat
dan pelanggan menggunakan perisian excel semasa bertugas National Panasonic Shah Alam.
Memberikan latihan kepada rakan sejawat yang baru masuk.

Pengalaman Berkerja
Unit Perkhidmatan Teknologi Maklumat(UPTM). UiTM Kelantan (2006)
Latihan Praktikal –  Bertanggungjawab Untuk mengekalkan rangkaian komputer & 
membina perisian untuk kemudahan pejabat

Technician Gred E1  - National Panasonic Shah Alam Selangor (Oktober 2008 – Julai 2009)
Production Planning & Control Department – Memastikan proses pembuatan setiap part penyaman Udara yang dipesan
oleh pelanggan berjalan dengan lancar serta siap mengikut jadual.
 Juga mengawal kuantiti part sentiasa mencukupi dan tidak berlebihan

Rujukan

Encik Mohd Nizam Bin Yahya ( Bekas Supervisor dan Ketua Bahagian)
Nasional Panasonic Shah Alam
No Hp : 013-2585445


Puan Nazirah Bte Othman (Bekas rakan sejawat)
Nasional Panasonic Shah Alam
No Hp : 019-2554253